Paksi Kebangkitan Perjuangan

...Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azabku amat dahsyat. Surah Ibrahim : 7

Sunday, May 21, 2006

Wuduk

Di sini saya lampirkan artikel berkenaan wuduk untuk kemudahan umat Islam dan rujukan bagi yang bukan Islam juga. Jika saya menulis artikel yang tinggi tahapnya tentang Islam sekalipun taklah menjadi begitu berguna sekiranya akar-akar kekuatan agama Islam seperti bab wuduk atau bab-bab fardu ain tidak diketahui dengan baik. Pernah terjadi suatu ketika dahulu apabila seorang hamba Allah lelaki ini ditemuduga sebagai memenuhi syarat untuk berkahwin. Antara soalan penemuduga iaitu "bagaimanakah cara berwuduk?" Maka lelaki itu menjawab," membasuh muka dan membasuh kemaluan". Mungkin peristiwa ini dilihat sebagai suatu yang mengeletek perasaan tapi hakikatnya hamba Allah seperti inilah yang perlu dibantu oleh orang yang alim (yang berilmu). Selamat membaca dan semuga artikel ini bermanfaat untuk kita. Dipetik daripada :http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/wuduk.html dan dirujuk daripada kitab panduan fardhu ain bagi menyucikan rohani dan jasmani susunan ustaz Haji Ahmad bin Mohd. Ali.


WUDUK

Wuduk @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.


2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca
Doa Selepas Wuduk

Sunat-sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
4. Berkumur atau bersugi.
5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
6. Menyapu air ke kepala.
7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
15. Berjimat ketika menggunakan air.
16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
17. Membaca
Doa Selepas Wuduksetelah selesai berwuduk.

Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah, mani, juga cacing sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap punggung.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya). Tiada batal jika tersentuh rambut, gigi atau kuku.
6. Murtad.

Perkara yang sunat untuk berwuduk.
1. Sehabis keluar darah dari hidung.
2. Sesudah mengantuk.
3. Hendak berjalan jauh.
4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
6.Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
11. Ziarah ke kubur.
12. Memegang atau memikul mayat.
13. Jika dalam
keadaan marah.

Wednesday, May 10, 2006

Zikir

Cara Berzikir) Apakah hukumnya me‘ratib’ secara kuat dan adakah ianya biasanya dilakukan di zaman Rasullulah dahulunya atau para sahabat, dan lain-lainnya.

ii) Bolehkah kita mengikut ajaran-ajaran tariqat tertentu ?

iii) Adakah lelaki dan perempuan dibolehkan zikir bersama-sama ?

(Jawapan) Zikir yang dapat di buat secara berkumpulan yang diamalkan sekarang ini tidak terdapat pada zaman Rasulullah, zaman sahabat dan zaman tabi’en. Walaupun demikian, zikir secara berseorangan ataupun berkumpulan adalah digalakkan dan sunat hukumnya samada secara kuat atau perlahan. Tetapi adalah dinasihatkan supaya kumpulan ini janganlah berzikir sampai mengganggu ketenteraman orang lain.

ii) Pengajaran zikir hendalah menurut ajaran-ajaran daripada syeikh-syeikh tariqat yang muktabar.

iii) Lelaki dan perempuan hendaklah di asingkan dalam masa zikir. Jika tidak, adakan tabir untuk memisahkan di antara lelaki dan perempuan.

Dipetik drp:
http://mufti.penang.gov.my/mufti/akidah.htm

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Sesungguhnya zikir dengan suara nyaring setelah selesai solat wajib adalah biasa pada masa Rasulullah s.a.w. Berkata Ibnu Abbas:”Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat jika suara mereka membaca zikir telah kedengaran.” (Muslim)
___________________________________________________________________
Berkata Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah (795H):
“Bid‘ah itu ada dua jenis: Bid‘ah Mahmudah (dipuji) dan Bid‘ah Mazmumah (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.” (al-Imam al-Syafi’i)al-Syafi‘i berkata, “Bid‘ah itu ada dua jenis: Bid‘ah Mahmudah (dipuji) dan Bid‘ah Mazmumah (مذمومة) (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.”
(Ibn Rajab meneruskan) Maksud al-Syafi‘i rahimahullah ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini, bahawa Bid‘ah Mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariat untuk dirujuk kepadanya. Inilah bid‘ah pada istilah syarak. Adapun Bid‘ah Mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah. Iaitu apa yang ada baginya asal untuk dirujuk kepadanya. Ia adalah bid‘ah dari segi bahasa, bukannya dari segi syarak kerana ia menepati sunnah.
[4]

Justeru itu ketika menghuraikan maksud pembahagian bid‘ah oleh al-Imam al-Syafi‘i, al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (852H) berkata:
Maka bid‘ah pada ta’rifan syarak adalah dikeji. Ini berbeza dengan (maksud bid‘ah dari segi) bahasa di mana setiap yang diada-adakan tanpa sebarang contoh dinamakan bid‘ah sama ada dipuji ataupun dikeji.
[5]

Antara bukti al-Imam al-Syafi‘i tidak memaksudkan bid‘ah dalam ibadah sebagai Bid‘ah Mahmudah ialah bantahan beliau terhadap golongan yang berterusan dalam berzikir secara kuat selepas solat. Amalan ini dianggap Bid‘ah Hasanah oleh sesetengah pihak.

Ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh:
إنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam… al-Imam al-Syafi’i dalam kitab utamanya al-Umm berkata:
[6]
وأختار للامام والمأموم أن يذكرا الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكرَ إلا أن يكون إماما يُحِبُّ أن يتعلّم منه فيجهر حتى يُرى أنه قد تُعُلِّمَ منه ثم يُسِرّ.
Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (mengajar bacaan-bacaan zikir tersebut), maka ketika itu dikuatkan zikir. Sehinggalah apabila didapati telah dipelajari daripadanya, maka selepas itu hendaklah dia perlahankan.

Adapun hadith Ibn ‘Abbas di atas, al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut:
وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلّم الناس منه وذلك لأن عامة الروايات التي كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها بعد التسليم تَهليلٌ ولا تكبير، وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصَفْتُ، ويذكر انصرافَه بلا ذكر، وذكرت أمُّ سلمةَ مُكْثَه ولم يذكر جهرا، وأحسبه لم يَمكُثْ إلاّ ليذكرَ ذكرا غير جهْرٍ. فإن قال قائل: ومثل ماذا؟ قلت: مثل أنه صلّى على المنبر يكون قيامُه وركوعُه عليه وتَقهْقَرَ حتى يسجدَ على الأرض، وأكثر عمره لم يصلّ عليه، ولكنه فيما أرى أحب أن يعلم من لم يكن يراه ممن بَعُد عنه كيف القيامُ والركوعُ والرفع. يُعلّمهم أن في ذلك كله سعة. وأستحبُّ أن يذكر الإمام الله شيئا في مجلسه قدر ما يَتقدم من انصرف من النساء قليلا كما قالت أم سلمة ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أو جلس أطولَ من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرفَ إذا قضى الإمام السلامَ قبل قيام الإمام وأن يؤخر ذلك حتى ينصرف بعد انصرافِ الإمام أو معه أَحَبُّ إلي له.
Aku berpendapat baginda menguatkan suara (zikir) hanya untuk seketika untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini
[7] atau selainnya, tidak menyebut selepas salam terdapat tahlil [8] dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Umm Salamah pula menyebut duduknya baginda[9] (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda berzikir secara kuat. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak kuat.
Jika seseorang berkata: “Seperti apa?”
[10]. Aku katakan, sepertimana baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya (mimbar). Akan tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda dapat mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua.
Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya.

Nyata sekali al-Imam al-Syafi’i rahimahullah tidak menamakan ini sebagai Bid‘ah Hasanah, sebaliknya beliau berusaha agar kita semua kekal dengan bentuk asal yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Seandainya maksud Bid‘ah Mahmudah yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i merangkumi perkara baru dalam cara beribadah yang dianggap baik, sudah tentu beliau akan memasukkan zikir secara kuat selepas solat dalam kategori Bid‘ah Mahmudah. Dengan itu tentu beliau juga tidak akan berusaha menafikannya. Ternyata bukan itu yang dimaksudkan oleh beliau rahimahullah.
[11]

http://www.al-firdaus.com/BidahHasanah/Bab2.htm


Zikir Penentram Hati Orang BerimanMaha Suci Allah yang tidak pernah menyalahi janji-Nya. Allah berfirman :"., ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu [denganmelimpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu], dan bersyukurlah kepada-Ku, danjanganlah kamu mengingkari (ni'mat)-Ku". (QS 2:152)

Ketika seorang hamba Allah ingat kepada Allah, maka seketika itu juga Allahingat kepadanya. Ketika seorang mengetahui hal ini, seorang hamba Allah,hatinya menjadi aman dan tentram. Allah telah berfirman tentang hal ini :". orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram denganmengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjaditenteram". (QS 13:28)

Dia ayat ini menjelaskan bagaimana seorang Ibrahim bisa menjadi tetap merasa aman dan tenteram menghadapi ancaman maut yang menghadang di depannya.Begitulah dahsyatnya zikir yang diamalkan oleh Nabi Ibrahim (as), zikir yang tidak diucapkan hanya di mulut dan tidak diteriakkan di tengah keramaian orang banyak. Nabi Ibrahim berzikir dengan cara yang sangat rahasia, yang hanya diketahui oleh dirinya dan Allah Rabb-nya, sehingga Raja Namrud tidak mampu menangkat sinyal zikirnya Nabi Ibrahim yang akan dibakarnya hidup-hidup. Kita mungkin bisa berdalih bahwa kejadian itu adalah sebuah mukjizat seorang nabi, yang tidak mungkin terjadi pada seorang manusia seperti kita.

Pernyataan pesimistik ini, sesungguhnya berasal dari syetan yang menghembuskan keraguan ke dalam hati kita. Lain yang dialami Nabi Ibrahim, tentu lain pula yang kita alami. Saya pertaruhkan keimanan diri saya, bahwa Allah tidak pernah mengubahjanji-Nya. Allah akan tetap dan tidak pernah lalai dari ingat dan tetapmengawasi hamba-Nya yang ingat (zikir) kepada-Nya. Dan sunnah-Nya juga tidak pernah berubah bahwa siapa pun dari orang beriman yang berzikir denganikhlas hanya kepada Allah, niscaya hatinya akan merasa aman dan tentram. Apakah Allah akan tetap menolong orang-orang beriman dari manusia biasa, yang selalu ikhlas berzikir kepada-Nya, dalam keadaan segenting Nabi Ibrahimitu ? Tak usah sejauh itu, "apakah dapat menolong hamba-Nya dalam memenuhikebutuhannya meskipun dalam keadaan segenting apa pun ?". Percayakah bahwa Anda pun bisa mendapatkan keajaiban yang sama bila Anda memang sungguh-sungguh berzikir kepada Allah ? Mari kita lanjutkan dengan membahas makna zikir yang sesungguhnya, yang pengaruhnya sebegitu dahsyatnya. Zikir Itu Adalah Ingat Atau Eling. Kita sering rancu dalam memahami makna zikir. Di satu pihak, ada orang yangberzikir dengan suara keras-keras dan di pihak lain ada juga orang yang tanpa bersuara tetapi menghitung-hitung buah tasbih, disebut juga berzikir.Dan yang lainnya, tanpa kelihatan ha-hi-hu-nya, seseroang sudah melakukan zikir. Kita kemudian bertanya : "Apakah yang sesungguhnya disebut berzikir itu ?". Mari kita diskusikan bersama !"Zikir" adalah kata bahasa Arab, yang bermakna "Ingat" dalam bahasa Indonesia atau bermakna "Eling" dalam bahasa Jawa. Yang dimaksud ingat di sini adalah ingat kepada Allah dengan segala sifat-Nya.

Zikir adalah kegiatan yang dilakukan oleh hati, yang kemudian dengan serta merta dicetuskan oleh lisan, berupa kalimat-kalimat tasbih, tahlil, tahmid, danhawlaquwala. Zikir adalah kegiatan mengingat Allah dengan segala sifat-sifat-Nya. Bila hal itu terucap, hal itu adalah karena hatinya mengingat. Jika telinganya mendengar ayat-ayat Allah, maka hatinya bergetar. Jika matanya melihat ciptaan Allah, maka hanya Allahlah yang teringat. Ketika dari tidur dia terjaga, maka hatinya tenteram karena yakin Allah yang Maha Perkasa-lah yang menjaga. Dia tak merasa kekurangan rizki, karena dia yakin, Allah yang MahaAdil-lah yang membagi rizki untuknya. Tak merasa takut, karena hanyaAllah-lah yang siksa-Nya ditakutinya. Seorang pezikir yang ikhlas selalu hati merasa aman dan tenteram, dapat berfikir jernih, tidak emosional dan cerdas.Berzikirlah Tanpa Bersuara Keras. Jadi, zikir bukanlah kegiatan mengucapkan dengan suara keras suatu kalimat pujian dan sanjungan kepada Allah kecuali dalam hal melakukan pembelajaran kepada sekelompok orang yang sedang belajar mengingat dengan mendengarkan suatu ucapan, melainkan suatu kegiatan hati sebagai proses untuk menanamkan ingatan ke dalam alat pengingat dan mengingat sesuatu yang pernah ditanamkansebelumnya di dalam media pengingat tentang Allah dan sifat-sifat-Nya..Lebih jelas lagi, Allah telah memberikan adab-adab dalam berzikirkepada-Nya:"Dan berzikirlah kepada Tuhannmu dalam hatiumu dengan merendahkan diri danrasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang,dan janganlah kamu termask orang-orang yang lalai". (QS 7:205)Diriwayatkan, bahwa ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat dalam sebuahperjalanan perang, beliau singgah bersama para sahabat tersebut di sebuah lembah. Tiba-tiba sekelompok sahabat bertakbir dan bertahlil dengan suara keras, maka Rasulullah menegur mereka dan bersabda :"Wahai sekalian manusia ! Rendahkanlah suara kalian, sesungguhnya kalian tidak menyeru Tuhan yang tuli lagi jauh, tetapi kelian menyeru Tuhan Yang Maha Mendengar lagi sangat dekat". (HR. Bukhari, dalam shahihnya, 6384).Allah itu memang tidak tuli, Dia Maha Mendengar dan sangat dekat. Untuk mengajar berzikir kepada sekelompok murid yang sedang belajar memanglah harus dapat didengar dan diresapkan di dalam hati. Akan tetapi untukberzikir itu sendiri, suara keras tidaklah diperlukan lagi. Setiap yang ciptaan Allah yang dapat kita dengar dan kita lihat hendaklah dapat kita resapkan di dalam hati pada saat pertama hal itu terjadi, akan tetapi padawaktu yang lain mungkin kita cukup menampilkan kembali (mengingat) apa yang sudah kita resapkan di dalam hati itu untuk menjadi suatu petunjuk ataureferensi dalam setiap tindakan kita. Itu proses berzikir yang sesungguhnya. Berzikirlah Agar Dibimbing Allah Asal mulanya suatu kegiatan yang kita lakukan adalah berasal dari adanyasuatu keinginan yang melintas di dalam hati. Di dalam hati setiap manusiaterdapat dua bisikan yang mempengaruhi, yaitu bisikan kefasikan yang berasaldari syetan dan bisikan ketaatan kepada Allah berasal bimbingan dan petunjukAllah kepada kita. Hal ini telah diinformasikan oleh Allah di dalamfirman-Nya berikut ini:". maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan danketakwaannya". (QS 91:8)Jika di dalam hati banyak dilakukan kegiatan mengingat Allah dengan sebenar-benarnya, maka bisikan ketaatanlah yang kuat suaranya untukmemerintahkan kita melakukan suatu gerakan. Rasa aman dan tenteram hanyaberasal dari perasaan kedekatan dengan Allah Sang Maha Pemelihara. Sedangkan kegundahgulanaan ditimbulkan oleh suara bisikan syetan, yang selalu mencoba menjauhkan manusia dari Allah,Tuhan yang selalu memelihara manusia.

Oleh sebab itu, Allah berpesan kepada manusia agar berzikir banyak-banyak semampu yang kita lakukan, sedapat mungkin setiap saat tanpa henti, sehingga hati (jiwa) kita dipenuhi oleh ingatan kepada Allah saja:"Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah,zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi danpetang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya(yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman". (QS 33:41-43)Pada ayat ini, Allah menyatakan bahwa dengan berzikir akan menyebabkanorang-orang beriman mendapat petunjuk dan bimbingan dari Allah dan selalumendapat kemudahan dari kegelapan menjadi terang benderang, karena Dia ingin menolong orang-orang yang beriman kepada-Nya."Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu'min [Yang dimaksud dengan "muslim" di sini ialah orang-orang yangmengikuti perintah dan larangan pada lahirnya, sedang yang dimaksud denganorang-orang mu'min di sini ialah orang yang membenarkan apa yang harusdibenarkan dengan hatinya.], laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuanyang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuanyang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyakberzikir (mengingat) kepada Allah, Allah telah menyediakan untuk merekaampunan dan pahala yang besar". (QS 33:35)Kini jelas bagi kita bahwa hakikat zikir yang sesungguhnya adalah menyibukkan hati kita dengan kegiatan mempelajari, memperdalam dan mengingat Allah dalam segala keadaan. Rasa aman dan ketenteraman hati akan muncul secara otomatis pada orang yang selalu berzikir kepada Allah tanpa henti, baik berdiri, duduk atau berbaring, baik pagi maupun petang, baik siangmaupun malam. Kelebihan Orang Yang Berzikir Dari Orang Yang Berdo'aOrang yang berdo'a tidak akan mungkin dapat berdo'a kecuali jika dia ingat(zikir) atau tahu kepada siapa dia berdo'a. Akan tetapi Allah memberikanpenilaian yang lebih kepada orang-orang yang berzikir dibandingkan denganorang-orang yang berdo'a.Pada awak tulisan ini, dikisahkan bahwa Nabi Ibrahim memiliki keyakinan(zikir) yang teguh dan pasti bahwa Allah telah mengetahui apa yang dibutuhkan olehnya meskipun tanpa dimintanya, dan seketika itu juga Allahmemerintahkan api yang akan membakarnya menjadi dingin dan menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kekejaman Raja Namrud yang hendak membakarnya dengan api.Nabi Ibrahim selalu zikir (ingat) kepada Allah, yang selalu ia taatiperintah-Nya. Nabi Ibrahim hanya melayani Allah tanpa meminta upahnya, dia bekerja tanpa pamrih. Akan tetapi Allah yang Maha Mengetahui, yang MahaBijaksana, yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, tidak pernah melepaskan pengawasan-Nya kepada Nabi Ibrahim. Allah selalu melindungi Nabi Ibrahim yang menyerahkan seluruh dirinya ke dalam pengabdian kepada Allah itu.Dalam suatu hadits Qudsi Rasul Allah menjelaskan sebagai berikut :"Barang siapa disibukkan oleh dzikir kepada-Ku dari meminta-Ku, maka Aku akan memberikannya yang lebih baik daripada yang Aku berikan kepadaorang-orang yang meminta". (HR Tirmidzi, dalam Sunan-nya, 2926)

Dipetik daripada:
http://milis.isnet.org/cgi-bin/mailman/listinfo/is-lam

Boleh juga dirujuk tentang zikir di dalam kitab Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin, ringkasan dari IHYA' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali muka surat 230.

Friday, May 05, 2006

Renungan


Utk renungan bersama...
1. KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
2. KITA BERTANYA : KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? AL-QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216
3. KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Surah Al-Baqarah ayat 286
4. KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
AL-QURAN MENJAWAB "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." Surah Al-Imran ayat 139
5. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB " Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
6. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Surah Al-Baqarah ayat 45
7. KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... " Surah At-Taubah ayat 111
8. KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." Surah At-Taubah ayat 129
9. KITA BERKATA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!
AL-QURAN MENJAWAB "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf ayat 12 .
~ akhie ~
Sumber : Daripada email yg diposkan kepada saya. Hendaklah kita sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan kerana setiap apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Wallahhua'lam.

Monday, May 01, 2006

Sejarah Solat 5 Waktu


Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
 
Free Web Counter
Free Hit Counter