Paksi Kebangkitan Perjuangan

...Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azabku amat dahsyat. Surah Ibrahim : 7

Tuesday, November 25, 2008

Yaumul Ba'tsarah

Hari Penggeledahan di Padang Mahsyar. Kiamat mempunyai pelbagai nama, contohnya, Yaumul Ba'athi (hari Kebangkitan), Yaumul Qiamah (hari kiamat), As-Saah (masa yang ditetapkan), Yaumud Deen (Hari Pembalasan), Yaumul Hisab (Hari Perhitungan), Yamumut Taghabun (Hari tipu Daya) dan banyak lagi. Tujuan asasnya untuk mendatangkan rasa gerun dan insaf di kalangan orang-orang mukmin apabila disebutkan nama-nama kiamat itu.

Firman Allah dalam surah az-Zalzalah (99:6), Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam (bercempera) supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan.) pekerjaan mereka.

Keadaan ketika itu huru hara, manusia dibangkitkan dalam satu suasana gawat tanpa keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan sebagainya. Mereka dibawa ke satu petempatan baru iaiatu di Padang Mahsyar.

Apa jua pakatan dunia atau urusan dunia yang tidak bersesuaian dengan akhirat tidak memberikan apa-apa makna ketika itu. Hari ini kita berkerja seharian, melakukan amal ibadah seharian tapi sejauhmana ikhlasnya kita dalam urusan kerja kita ...kita boleh tanya pada diri kita sendiri. Ada masanya setiap kerja yang kita lakukan kita mahukan imbalannya, mahukan imbuhannya, mahukan pujian dan sekira itu tidak kita perolehi maka timbul pula rungutan, pergaduhan, perselisihan, kata-kata negatif di dalam hati (monolog dalaman) dan sebagainya.

Adakah semua itu mampu membantu kita di Padang Mahsyar nanti? Sukarnya mencari ikhlas dalam beribadah kecuali mereka yang benar-benar beriman. Wallah hu alam.

Ba'tsarah juga bererti menjejaki dan memeriksa daripada seorang kepada seorang. Yaumul Ba'tsarah itu juga bererti pembongkaran segala tulang belulang manusia yang bercampur dengan tanah di dalam kubur, bagi memisahkan antara golongan kafirin dan juga golongan mukminin.

Setelah berlaku pemisahan itu, maka berlaku pula penggeledahan di kalangan mukmin bagi mencari puak-puak munafik. Sehingga puak-puak munafik ini dapat dipisahkan. Akhirnya terjadilah 3 kelompok manusia iaitu golongan mukmin, golongan munafik dan golongan kafir.

Munāfiq atau Munafik (kata nama, daripada bahasa Arab : منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.
Terminologi munafik dalam Al Qur'an
Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.
QS (63:1-3) Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat mengerti. Qur'an: Sura 63:1-3
Ciri-ciri orang munafik
Berdasarkan hadis, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan :"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta. Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim).

Nabi SAW pernah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Muslim; "Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga umat Islam memerangi orang Yahudi dan mereka akan bersembunyi di belakang batu dan pokok. Ketika itu batu dan pokok akan berkata; ' Wahai hamba Allah, di belakangku terdapat seorang Yahudi, bunuhlah dia,'kecuali pokok Garqad kerana ia adalah pokok Yahudi."

Dengan termeterainya Perjanjian Balfour, negara Israel diiktiraf oleh Barat sebagai negara yang berdaulat pada 14 Mei 1948. Sokongan Barat ini telah menaikkan 'tocang' Israel dengan melakukan kezaliman demi kezaliman dan kekerasan demi kekerasan ke atas golongan Arab Palestin. Kezaliman rejim Israel ini merangsang umat Islam Palestin bangun menentang rejim ini dan ianya berterusan hingga ke hari ini. Bukankah ini antara tanda-tanda kiamat.

Sumber rujukan:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Munafik

Buku Bertemu Janji Allah oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Empayar Minda Muslim oleh Dr. Danial Zainal Abidin

Monday, July 16, 2007

Iktibar

Menuju Keredaan Allah

IKTIBAR DARI KEJADIAN TSUNAMI

MALAPETAKA ombak besar yang dikenali sebagai 'Tsunami' yang terbentuk daripada gempa berukuran 8.9 pada skala Richter yang terjadi pada penghujung tahun 2004 tersebut telah mengakibatkan beribu-ribu lagi hilang dan terbunuh di kawasan pantai barat Asia serta kemusnahan teruk di bandar serta pulau peranginan di Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India dan Myanmar serta di Sumatera. Ombak besar setinggi hingga enam meter menerjah pesisiran pantai negara-negara terlibat juga mendatangkan mala petaka adalah merupakan yang kelima terbesar sejak tahun 1900. Baru-baru ini terjadi lagi kejadian Tsunami yang melanda di Jawa Barat Indonesia yang mengorbankan beratus-ratus jiwa pada bulan Julai 2006 yang lepas.

Bencana atau musibah pada hakikatnya adalah keadaan yang tidak diinginkan dan tidak dikehendaki oleh manusia, sebab bencana yang berupa penderitaan atau kesengsaraan adalah merupakan keadaan yang tidak menyenangkan bahkan menyusahkan bagi manusia seperti berlakunya gempa dan gelombang Tsunami yang membuat manusia porak-peranda, anak terpisah daripada ibunya, suami berpisah dari isterinya, ada yang mati dan hilang tidak tahu ke mana dan di mana jenazahnya, ratusan ribu nyawa yang hilang dan ratusan rumah, kedai dan lain-lain hancur ditelan gelombang Tsunami.

Pastinya bencana Tsunami mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alaihissalam. Dengan jumlah kematian yang begitu besar (mencecah lebih 150,000 orang), mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di zaman alaihissalam. Ia adalah banjir yang meliputi keseluruhan muka bumi dan kisah tentang pernah berlakunya banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia.

Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh Alaihissalam itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah Subhanahu Wata'ala mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi peringatan, amaran dan pengajaran bagi sekalian umat manusia, mukmin dan kafir. Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah Al-Haqqah ayat 11 - 12 yang tafsirnya:

"Sesungguhnya Kami, ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya). (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran."

Jika kita amat-amati peristiwa yang terjadi di zaman Nabi Nuh Alaihissalam itu, tidak jauh bezanya dengan bencana Tsunami 26 Disember 2004 yang lalu. Cuma mungkin berbeza dari segi skala kerana Tsunami yang Allah Subhanahu Wata'ala datangkan kepada kita hanya menelan manusia yang menghuni daratan perairan Lautan Hindi, tidak segenap pelusuk bumi.

Firman Allah dalam Surah Huud ayat 40 - 41 yang tafsirnya:

"(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Kemunculan banjir besar di zaman Nuh itu bermula dengan limpahan air dari apa yang diistilahkan oleh Al-Qur'an sebagai 'at-Tannur'. At-Tannur ini pada makna asalnya adalah ketuhar atau 'oven' yang digunakan untuk membakar roti. Ia dinamakan sedemikian rupa kerana di dalam ketuhar tersebut api marak membakar menyala-nyala di dalamnya.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala lagi dalam Surah Al-Hadiid ayat 22 - 23 yang tafsirnya:

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."

Justeru itu, yang menjadi penyebab utama bencana di muka bumi ini sebenarnya adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri, bukannya jin, haiwan dan bukan pula makhluk-makhluk lain. Antara perbuatan-perbuatan yang menyebabkan bencana diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala ialah:

PERBUATAN FASIQ

Menurut para ahli tafsir, fasiq adalah orang yang melakukan dosa besar dalam konteks tertentu adalah menunjukkan ketidakpatuhan terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah. Perbuatan fasiq adalah merupakan salah satu sebab turunnya bencana di muka bumi ini. Perkara-perkara yang tergolong dalam perbuatan fasiq ialah seperti meminum khamar (arak), kerana minum khamar atau arak adalah satu perbuatan yang dilarang oleh Allah sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 219 yang tafsirnya:

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi . Katakanlah: "Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah : "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)." Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukum-Nya supaya kamu berfikir."

PERBUATAN ZINA

Zina adalah termasuk dari perbuatan keji dan dosa besar dalam Islam. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa' ayat 32 yang tafsirnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

KEZALIMAN YANG BERMAHARAJALELA

Perbuatan zalim yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini ternyata merupakan salah satu sebab diturunkan-Nya bencana atau musibah sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ankabuut ayat 31 yang tafsirnya: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar."

Kita dapat melihat bagaimana Allah Subhanahu Wata'ala menghancurkan umat-umat terdahulu yang berbuat kezaliman seperti Firaun, Qarun, kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Luth dan sebagainya.

Kesimpulannya, setiap musibah atau bencana yang berlaku mempunyai berbagai-bagai tujuan yang berkaitan dengan perbuatan manusia itu sendiri. Begitu juga ujian yang Allah berikan kepada orang-orang yang beriman seperti kejadian Tsunami. Bagi orang yang beriman dan masih hidup serta melihat langsung kejadian Tsunami mungkin jadi pengajaran baginya seumur hidup untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, kerana mati abila-bila masa akan datang dan kita mesti bersiap bila-bila masa. Bagi yang sudah mati disebabkan Tsunami terpulanglah kepada amalnya masing-masing kalau baik, baiklah ia, kalau amalnya buruk, maka buruklah ia.

Dipetik daripada:

http://www.brunet.bn/news/pelita/23ogos/menuju.htm

Thursday, December 21, 2006

Takut Kepada Syirik


Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab
Firman Allah 'Azza wa Jalla:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, tetapi Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu bagi siapapun yang dikehendaki-Nya." (An-Nisaa': 116)
Al-Khalil Ibrahim 'alaihissalam berkata:"...dan jauhkanlah aku dan anak cucuku dari (perbuatan) menyembah berhala-berhala." (Ibrahim: 35)
Diriwayatkan dalam satu hadits, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesuatu yang paling aku khawatirkan kepada kamu sekalian adalah perbuatan syirik kecil. Ketika ditanya tentang maksudnya, beliau menjawab: Yaitu riya'." (HR Ahmad, Ath-Thabarani, Ibnu Abid-Dunya dan Al Baihaqi dalam kitab Az-Zuhd)

Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa mati dalam keadaan menyembah sesembahan selain Allah, masuklah ia ke dalam neraka." (HR Bukhari)

Muslim meriwayatkan dari Jabir radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa menemui Allah (mati) dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada-Nya sedikit pun, pasti masuk surga, tetapi barang siapa menemui-Nya (mati) dalam keadaan berbuat sesuatu syirik kepada-Nya, pasti masuk neraka."

Kandungan tulisan ini:

Syirik adalah perbuatan dosa yang harus ditakuti dan dijauhi.
Riya' termasuk perbuatan syirik.
Riya' termasuk syirik ashghar (kecil).

Syirik ada 2 macam:
Syirik akbar (besar) yaitu memperlakukan sesuatu selain Allah sama dengan Allah, dalam hal-hal yang merupakan hak khusus bagi-Nya.
Syirik ashghar (kecil) yaitu perbuatan yang disebutkan dalam Al Qur'an dan Hadits sebagai suatu syirik tetapi belum sampai ke tingkat syirik akbar.

Adapun perbedaan antara keduanya:
Syirik akbar menghapuskan seluruh amal, sedangkan syirik ashghar hanya menghapuskan amal yang disertainya saja.
Syirik akbar mengakibatkan pelakunya kekal di dalam neraka, sedang syirik ashghar tidak sampai demikian.
Syirik akbar menjadikan pelakunya keluar dari Islam, sedang syirik ashghar tidak menyebabkan keluar dari Islam.
Syirik ashghar ini adalah perbuatan dosa yang paling dikhawatirkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam terhadap para sahabat, padahal mereka ini adalah orang-orang shaleh.
Surga dan neraka adalah dekat.
Dekatnya surga dan neraka telah sama-sama disebutkan dalam satu hadits.

Barangsiapa mati dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada Allah sedikitpun pasti masuk surga. Tetapi barangsiapa mati dalam keadaan berbuat sesuatu syirik kepada-Nya, pasti masuk neraka, sekalipun dia termasuk orang yang paling banyak ibadahnya.

Masalah penting iaitu: bahwa Nabi Ibrahim memohon kepada Allah untuk diri dan anak cucunya supaya dijauhkan dari perbuatan menyembah berhala.
Nabi Ibrahim mengambil pelajaran dari keadaan sebagian besar manusia, yaitu bahwa mereka itu adalah sebagaimana kata beliau: "Tuhanku! Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak manusia..." (Ibrahim: 36)

Tafsiran kalimat Laa ilaha illa Allah, sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari, yaitu: pembersihan diri dari syirik dan pemurnian ibadah kepada Allah.

Keutamaan orang yang dirinya bersih dari syirik.
Dikutip dari buku: "Kitab Tauhid" karangan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
Penerbit: Kantor Kerjasama Da'wah dan Bimbingan Islam, Riyadh 1418 H.

Tuesday, December 19, 2006

Bab 7: Hadath
PENGERTIAN HADATH
Hadath dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku.
Hadath dari segi syara‘ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah.
Ia terbahagi kepada hadath kecil dan hadath besar.
1. Hadath kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Hadath besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.


SEBAB HADATH DAN KESANNYA
Sebab hadath kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu’. Maka kesan daripada berhadath kecil adalah terbatalnya wudhu’ dan diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.
2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.
Sebab hadath besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan anak.


Apabila seseorang berhadath besar kerana berjunub, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.
2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.
4. Membaca Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
5. Beri‘tikaf di dalam masjid.


Apabila seseorang berhadath besar kerana keluar haidh dan nifas, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.
2. Berpuasa.
3. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
4. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.
5. Membaca Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
6. Masuk, duduk dan beri‘tikaf di dalam masjid walaupun dengan wudhu’.
7. Bersetubuh.
8. Talaq.


CARA MENGHILANGKAN HADATH
Untuk menghilangkan hadath kecil ialah dengan berwudhu’ atau tayammum apabila tidak dapat melakukan wudhu’.
Untuk menghilangkan hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum sebagai ganti daripada mandi.


Dipetik daripada: http://www.al-azim.com

Wednesday, September 13, 2006

Cara Mandi Wajib

Soalan: Bagaimanakah cara mandi wajib yang sebaiknya, maksud saya adakah dengan meratakan air terlebih dahulu? Dan bolehkah kita mandi wajib dengan air yang ditakung di dalam kolah yang tidak cukup 2 kolah, tetapi dalam masa yang sama air paip dibenarkan mengalir terus ke dalamnya?
Wan, Alor SetarJawapan: Cara mandi wajib yang paling baik ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidhi.
1. Membaca basmalah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar
2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. jangan dibasuh dahulu kaki. Ia akan dibasuh selepas mandi nanti..
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuih kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali cebokan air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah. 8 Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10. Membasuh kaki.
Boleh mandi junub dari bekas yang tidak sampai 2 kolah dengan syarat hendaklah menggunakan cebok (gayung - bg orang Johor) kemudian menjiruskan ke seluruh badan, bukan dengan cara berendam di dalamnya. Pastikan air yang digunakan untuk menjirus badan itu tidak terpercik masuk ke dalam bekas yang tidak sampai 2 kolah itu. Menurut riwayat At-Tirmidhi dalam sahihnya Rasulullah SAW mandi junub dengan hanya satu gantang air sahaja. Satu gantang air masih belum sampai 2 kolah. Baginda tidak berendam di dalam belas yang baginda SAW ambil air darinya itu.

Sila rujuk buku:1. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah' DN 148

Dipetik drp: http://www.darulnuman.com/soal/urut25.html

Tuesday, September 12, 2006

Kenali Musuh & Cara Mereka Bertindak



Di dalam al-Quran, terdapat beberapa surah yang dengan jelas menerangkan musuh Allah dan musuh Islam. Di antara surah tersebut ialah surah at-Taubah, ayat 32 yang mafhumnya, “Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut(ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai”.

Mereka yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah gulongan Yahudi dan Nasara yang berniat jahat dahulu dan sekarang yang berusaha untuk memadamkan cahaya Allah, Islam, al-Quran, Sunnah Rasulullah saw dan sebagainya seperti apa yang pernah dilakukan oleh kaum Yahudi di Madinah dan Musyrikin di Mekah ketika hayat Rasulullah saw, kemudian perang Salib, pakatan penubuhan Negara Israel, pengusiran Islam dari Sepanyol dan sebagainya.

Kenapa mereka berbuat demikian?. Tujuannya tidak lain ialah kerana kebenaran dan keadilan yang dibawa Islam yang akan menelanjangkan kebatilan dan kepalsuan seruan mereka serta khuatir penghakisan kekuasaan mereka. Tidak ada perkara yang paling ditakuti mereka selain daripada Islam. Dalam hal ini al-marhum, Muhammad Natsir, seorang mujahid Islam yang ulung di Indonesia mengatakan, “Kalau dunia barat ditanya mana yang berbahaya dalam anggapan mereka, komuniskah atau Islam, spontan orang barat akan menjawab: ”Islam lebih merbahaya.” Dan kalau ditanyai pula dunia Komunis, mana yang lebih berbahaya: “Kapitalis atau Islam?”. Mereka akan spontan menjawab: “Islamlah yang lebih berbahaya”.

Gerak kerja dan strategi mereka lakukan untuk menghapuskan Islam bukan dengan satu cara sahaja, malah dengan berbagai-bagai cara sesuai dengan keadaan dan realiti yang mereka tempohi. Sekalipun contoh yang saya utarakan di bawah berkaitan dengan cara untuk menjayakan pakatan perjanjian diantara Mesir dan Israel seperti yang didedahkan oleh Allah Yarham Dr. Ali Garisyah dalam buku Du’uat La Bughrah tetapi bagi saya ia tetap relevan dalam semua keadaan. Di antara perancangan mereka ialah:

Pertama: Perdayakan tokoh pimpinan Islam dengan jawatan-jawatan tinggi untuk menyibukkan mereka dengan pelbagai kerja yang boleh menghapuskan tenaga mereka termasuklah dengan melimpahkan kedudukan, kebendaan dan memberikan kemudahan yang banyak kepada sanak-saudara mereka. Dengan itu mereka telah dipergunakan sepenuhnya di tempat mereka sendiri dan dapat diputuskan hubungan mereka dengan para pendokong dari kalangan masyarakat awam.

Kedua: Berusaha menarik mereka yang mempunyai kecenderungan perniagaan dan ekonomi agar memberikan saham dalam projek kerjasama Mesir-Israel yang bakal diwujudkan di Mesir setelah perdamaian.

Ketiga: Berusaha mewujudkan peluang pekerjaan dan pelaburan yang menguntungkan di Negara-negara Arab yang mempunyai petroleum yang akan menyebabkan mereka jauh daripada aktiviti-aktiviti keislaman. Bagi mereka yang menjadi tokoh yang berpengaruh di Eropah dan Amerika dicadangkan supaya mengosongkan tenaga mereka dengan:

a-memperkuatkan usaha mereka dengan golongan bukan Islam, kemudian merosakkan mereka melalui institusi-institusi mereka
b-Menghabiskan tenaga mereka untuk mencetak dan menerbitkan buku-buku Islam dan kemudian ia dihalang daripada memberikan hasilnya.
c-Mencetuskan benih keraguan dan perpecahan antara para pimpinan Islam agar mereka sibuk dengannya daripada aktiviti-aktiviti yang membuahkan hasil.

Bagi gulongan pemuda strategi mereka ialah

a-Cuba menghabiskan tenaga mereka yang panas dengan upacara peribadatan yang biasanya dilakukan oleh para pimpinan gereja agar ia selari dengan polisi yang telah ditetapkan.

b-Mendalamkan lagi khilaf mazhab dan furu’ serta membesarkannya dalam pemikiran mereka.

c-Menggalakkan serangan terhadap Sunnah Muhammadiyah dan mendatangkan keraguan padanya serta terhadap sumber-sumber yang Islam yang lain.

d-Memecahkan pelbagai perkumpulan dan jemaah Islam serta mencetuskan pertelingkahan di dalamnya dan di antara sesama mereka.

d-Menghadapai gelombongan penerimaan golongan remaja dari kalangan kedua jantina untuk untuk komitmen dengan ajaran Islam khususnya komitmen para pemudi dengan pakaian Islam dari kalangan kedua melalui jalan aktiviti penerangan dan kebudayaan yang seiringan.

e-Meneruskan institusi pendidikan dalam pelbagai peringkatnya untuk mengepung pelbagai jemaah Islam, menekannya dan mengurangkan aktivitinya.
Sumber :email drp Akhie

Saturday, June 17, 2006

Syarat Sah Solat

1. Suci daripada hadas besar dan kecil , sabda nabi yang bermaksud tiada diterima Allah solat seseorang kamu apabila berhadas hingga ia berwuduk begitu juga tawaf, tidak sah jika tiada berwuduk.
2. Suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang kerana najis itu menegah daripada sah sembahyang dan tawaf.
3. Menutup warna aurat (warna aurat bermaksud - berpakaian yang jelas menutup aurat bukan pakaian yang nipis, bukan pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badan). Aurat bermakna anggota yang wajib ditutup. Jika dalam sembahyang dan tawaf bagi perempuan seluruh badan melainkan muka dan dua pergelangan tangan. Aurat lelaki antara pusat dan lututnya. Aurat di luar sembahyang bagi perempuan seluruh badan, oleh kerana di dalam ihram tidak boleh menutup muka dan dua tapak tangan maka wajiblah dibuka keduanya. Aurat perempuan kepada lelaki yang haram nikah contohnya adik beradik, bapa dll. dan aurat sesama perempuan, antara pusat dan lutut TETAPI sebagai menjaga adab dan kehormatan, eloklah berpakaian yang beradab sopan. Aurat lelaki di luar sembahyang kepada sesama lelaki atau perempuan yang haram nikah contohnya ibu, kakak dll. antara pusat dan lututnya dan aurat pada perempuan yang halal nikah seluruh badannya. Aurat perempuan Islam di depan perempuan kafir ialah seperti aurat di dalam solat.
4. Tahu masuk waktu dengan yakin. Tidak sah solat jika tidak tahu masuk waktu, walaupun betul waktunya.
5. Menghadap kiblat dengan dada jika solat berdiri atau duduk. Jika solat menelentang dengan muka dan kakinya sekali.
***********************************************************************************
Diharuskan tidak menghadap kiblat dengan salah satu daripada 3 sebab :
1. Kerana sangat takut di dalam peperangan dengan serangan musuh atau binatang buas.
2. Pada solat sunat dalam musafir jika berkenderaan hendaklah menghadap kiblat pada takbiratul ihram jika mudah.
3. Dalam masa uzur, gelap atau tiada tahu arah kiblat atau sukar menghadap kiblat.
***********************************************************************************
6. Syarat-syarat sah sembahyang itu tahu rukun-rukun sembahyang, tiada sah jika rukun diiktikadkan sunat.
Dipetik daripada : Kitab susunan ustaz Hj. Ahmad bin Mohd. Ali
 
Free Web Counter
Free Hit Counter