Paksi Kebangkitan Perjuangan

...Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azabku amat dahsyat. Surah Ibrahim : 7

Tuesday, March 28, 2006

Murtad


Masalah murtad di Malaysia,apakah peranan JAKIM dalam menangani isu ini dan cara terbaik bagi mengatasinya?

Jawapan

1) Jika seseorang itu murtad kerana aqidahnya sayugia jabatan yang berwajib memulihkan aqidah pesalah dengan terlebih dahulu menngasingkannya dan memberi bimbingan yang berterusan dengan masa yang secukupnya supaya pesalah dapat memahami kesilapannya atau kesalahannya. Sekiranya pesalah masih engkar dan tidak menerima ajaran yang sebenar bolehlah dikenakan hukuman penjara dengan memberi bimbingan dengan tujuan memulihkan aqidahnya. Sekiranya masih lagi murtad terpulanglah kepada pihak berwajib untuk menjalankan hukuman yang sebenar iaitu hukuman bunuh 2) Dalam menangani masalah ini, JAKIM dan semua Jabatan Agama Islam Negeri-negeri sentiasa memainkan peranan dalam mengatasi gejala sosial yang berlaku di Malaysia khususnya isu murtad. Diantaranya, JAKIM dan semua agensi kerajaan telah mengadakan beberapa program/taklimat isu semasa/ ajaran salah kepada masyarakat.

Dipetik daripada:

*Sejauh mana usaha dan kesungguhan pihak tertentu dalam menangani masalah murtad...sedangkan pihak yang amat berkuasa di Malaysia ini mempunyai kuasa untuk melindungi orang-orangnya dari ditangkap bersalah rasuah dan sebagainya .Apakah anda percaya hanya Tan Sri Isa Samad saja yang terlibat dengan rasuah? Jelas pihak tersebut mempunyai kuasa melindungi anggotanya dari kuasa lain dan undang-undang. Pihak tersebut mempunyai kuasa, tapi mengapakah pihak berkuasa itu tidak menggunakan kuasa mereka dalam menangani masalah murtad . Umat Islam yang murtad seperti yang dilaporkan sekarang ialah berjumlah 200 000 orang yang menunggu untuk mendapat pengesahan murtad ialah 150 000 orang. Hakikatnya yang murtad itu ialah 350 000 orang. Jika anda sebagai umat Islam tidak prihatin dengan masalah ini dan turut sama memandang remeh, mungkin anak anda atau ahli keluarga anda bakal menjadi salah seorang dari manusia yang murtad itu pada masa akan datang nauzubillahiminzalik....oleh itu sama-samalah kita membenteras gejala murtad ini seserius mungkin dan dengan apa cara sekalipun. Lihatlah negara kita yang didakwa negara Islam....sungguh memalukan malah sungguh mengejutkan dengan jumlah umat Islam yang murtad sebegitu ramai. Walaupun ada yang cuba menafikan jumlahnya....kenapa nak menafikan kalau dah memang betul jumlah murtad itu sebegitu. Manusia hari ini lebih pentingkan keseronokan dunia berbanding akhirat, sebab itu mereka tidak begitu mengendahkan jumlah umat Islam yang murtad. Isteri dan anak-anak pun tidak mampu diarahkan menutup aurat inikan pula nak menangani isu murtad seluruh negara...sebenarnya bukan tak mampu tapi tak mahu. Semua orang terlalu sibuk berpesta..konsert-konsert..kononlah konsert amal...terlalu sibuk...dengan aktiviti sosial ..hingga setiap kali lepas kursus pun ada hidangan hiburan..karaoke, menari dan macam-macam lagi....inilah sebuah negara Islam Malaysia yang orang bangga-banggakan kerana mempunyai pemimpin yang berpengetahuan agama dan mempunyai keturunan alim ulama'..katanyalah.
Kalaulah umat Islam negara lain tahu, negara Islam Malaysia yang sebenarnya bagaimana...alangkah malunya....malu pada Allah itulah yang lebih utama....Malu dan takut pada balasan Allah bila tiba masanya. Masalahnya yang murtad bukan kerana mengikut ajaran sesat tapi mengikut ajaran agama lain dan dengan rela hati mengisytiharkan keluar dari agama Islam ..sama ada untuk berkahwin atau saja-saja...ditarik dan tertarik. Pihak yang mempunyai kuasa sewajarnya memainkan peranan lebih tegas dan amat tegas dalam menangani isu murtad yang sudah sampai ke peringkat parah ini.
Kalau pengetahuan agama ada tapi tak mahu laksanakan...lagi besar dosanya. Kalau pengetahuan agama ada, tapi bila orang buat salah kita biarkan ...besar juga tanggungan dosanya. Fikir-fikirkanlah.

Thursday, March 09, 2006

Tuntutan Memelihara Lidah

Bimbingan Rohani: Tuntutan Memelihara Lidah Dikirimkan oleh: editor pada Aug 17, 2004 - 09:00 AM
Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali

Walaupun lidah merupakan anggota zahir yang kecil bagi setiap insan tetapi ia tetap mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Sejarah membuktikan lidah mampu menimbulkan pelbagai sentimen yang menyebabkan manusia terus memburu dendam dan saling bermusuhan antara satu sama lain. Jika tidak dikawal, lidah boleh membawa berlakunya pelbagai kejahatan.
Justeru itu, memelihara lidah adalah sangat dituntut oleh Islam.Bahaya lidah yang tidak bertanggungjawab boleh mengugat keharmonian masyarakat dan keluarga, Beberapa banyak penaniayaan, keruntuhan rumah tangga, permusuhan dan pembunuhan berlaku hanya disebabkn oleh lidah.Bagi orang yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, Islam menganjurkan bagi manusia untuk berdiam daripada mengucap perkataan sia-sia. Nabi Muhmmad pernah bersabda yang bermaksud :“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(riwayat Bukhari dan Muslim)Sebagai jalan selamat, ajaran Islam sejak mula lagi menganjurkan kepada kita agar tidak terlalu banyak bercakap kecuali percakapan yang jelas ada manfaatnya. Bahkan apabila berdiam diri itu sama saja manfaatnya dengan manfaat menutur percakapan, maka dalam kedudukan begini, adalah lebih utama bagi seseorang itu untuk diam sahaja. Sebab kadang-kadang apabila percakapan yang harus itu tidak dapat dikawal, ia boleh membawa kepada yang haram dan dilarang oleh ajaran Islam.
Rasulullah pernah ditanya tentang sebesar-besar perkara yang menyebabkan manusia masuk neraka. Lalu baginda meyebutkan dua perkara iaitu mulut dan kemaluan. Yang dimaksudkan mulut adalah bahaya lidah. Anas bin Malik pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah yang menyebutkan bahawa tidaklah teguh seorang hamba sehingga teguh hatinya, dan tidaklah teguh hatinya sehingga teguh lidahnya, Dan tidak masuk syurga, orang yang tetangganya tidak aman dari kejahatannya.
Oleh itu, Islam menganjurkan kata-kata yang memberi faedah atau diam kerana kesalahan anak Adam yang paling banyak itu pada lidahnya.Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam kerana ia dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk. Sabdanya yang bermaksud : “Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan. Sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.” Di dalam percakapan terdapat bencana dan di dalam diam terdapat kebahagiaan kerana itulah keutamaan diam amat besar.
Firman Allah yang bermaksud ; “ tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf, ayat 18)
Antara bahaya lidah adalah berkata tentang sesuatu yang tidak penting kerana ia mensia-siakan waktu dan menyebabkan dirinya dihitung. Modal seorang manusia adalah waktu-waktunya.Apabila ia menggunakan untuk sesuatu yang tidak penting dan bernilai, nescaya ia telah mensia-siakan modal pokoknya. Kerana itulah Rasulullah bersabda yang bermaksud : “ Termasuk dalam kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak penting baginya.” (riwayat Turmizi dan Ibn Majah).
Pengertian ‘meninggalkan sesuatu yang tidak penting baginya’ adalah diutamakan di dalam perkara meninggalkan percakapan yang sia-sia atau yang tidak berfaedah aau meninggalkan percakapan yang boleh menyebabkan terjadinya fitnah dan permusuhan. Termasuk perkataan yang tidak penting adalah menanyakan kepada seseorang tentang sesuatu yang tidak penting atau memanjangkan perbicaraan dan kata-kata dengan maksud agar kelihatan lebih akrab atau sekadar mengisi masa lapang dengan menceritakan hikayat-hikayat yang tidak memberi manfaat kecuali sekadar mengubah suasana hening.
Berlebihan dalam bicara juga termasuk daripada sifat tercela. Ia bermaksud menambah perbicaraan melebihi kadar keperluan. Orang yang menganggap penting sesuatu perkara , maka ia menyebutkan dengan perkataan yang ringkas dan padat. Apabila dengan sepatah kata sesuatu yang dimaksudkan telah diperolehi, maka kata yang kedua merupakan berlebihan.
Walaupun perkataan yang berlebihan itu tidak dapat didefinisikan dengan sesuatu batasan, namun batasan yang pokok telah termaktub dalam firman Allah yang bermaksud : “ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara mereka.” (Al-Nisa’, ayat 114)Antara bahaya lidah juga ialah mengeluarkan perkataan yang batil dan keji seperti membincangkan urusan maksiat, menceritakan kisah-kisah lucah, tempat-tempat minuman keras dan tempat orang-orang fasiq. Perkara tersebut perlulah dihindari oleh umat Islam.
Di samping itu, pertengkaran juga termasuk perbuatan tercela yang biasanya terjadi akibat perdebatan dan perbantahan. Keburukan perdebatan dan bantahan itu kerana ia rasa untuk menampakkan ilmu dan kelebihan diri dan rasa untuk menjatuhkan orang lain dengan menampakkan kekurangan lawannya. Apatah lagi sekiranya berlaku di kalangan cerdik pandai kerana perdebatan merupakan saat bodohnya orang alim dan di saat itu syaitan mengharapkan tergelincirnya. Rasulullah sering mengingatkan umatnya dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Aisyah bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa’i)Orang Islam sentiasa memelihara lidah dengan menjauhi perkataan keji. Diriwayatkan oleh Turmizi bahawa nabi bersabda yang bermaksud : “ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”
Islam juga melarang seseorang itu mengutuk dengan menggunakan perkataan laknat, kemurkaan Allah dan neraka jahanam. Tidaklah sesuatu bangsa dan kaum yang kutuk mengutuk melainkan mereka akan menanggung akibat perkataannya. Mengutuk kepada binatang juga adalah tercela. Nabi pernah melalui satu tempat dan mendengar seorang wanita sedang mengutuk untanya, lalu Rasulullah melarang perkara tersebut. Berdasarkan penyataan di atas, Islam sama sekali melarang umatnya mengutuk orang lain walaupun dalam apa jua keadaan kerana ia akan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat. Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain berbuat fasiq atau kufur tanpa ada bukti. Rasulullah bersabda yang bermaksud : “ Tidaklah seseorang menuduh kafir kepada orang lain dan tidaklah ia menuduhnya dengan kefasikkan melainkan tuduhan tersebut kembali kepada dirinya kalau temannya tidak seperti apa yang dituduhnya.” (riwayat Bukhari dan Muslim)Hadith ini melarang orang Islam mengkafirkan orang lain padahal ia mengerti bahawa orang tersebut orang Islam. Sekiranya orang itu melakukan bidaah atau maksiat, maka perkara itu bukan termasuk dalam kategori mengeluarkannya daripada agama Islam.
Rasulullah juga melarang orang Islam memaki orang yang telah mati. Bagi orang yang telah meninggal dunia perlulah menyebut kebaikan-kebaikan yang ada padanya.Dalam ajaran Islam, seorang yang tidak menjaga lidahnya iaitu berkata-kata tanpa memikirkan akibat buruk dari kata-katanya boleh menjerumuskannya masuk ke dalam neraka seperti kata-kata yang membawa kukur seperti menghina Allah dan para nabi. Ajaran Islam menghendaki hubungan sesama manusia terutama saudara Islam itu terselamat daripada segala penganiayaan sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan.
Orang Islam yang lebih utama ialah mereka yang memelihara lidah dan tangannya. Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : “ Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling utama?” Nabi menjawab: “Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”Dari perspektif ajaran Islam, percakapan yang baik adalah percakapan atau perbualan yang membawa kepada mengingat Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
Oleh itu, umat Islam perlu memelihara lidahnya dari melakukan perkara yang dilarang oleh ajaran Islam. Jalan selamat dalam memelihara lidah adalah membanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan mempelajari ilmu. Dengan itu, lidah akan mengangkat seseorang itu menjadi mulia dan membawa kejayaan kepada tuannya apabila digunakan pada jalan yang betul dan benar.

Wednesday, March 01, 2006

Zina

BUDAYA MENDEKATI ZINA

Oleh : Fauzy
Tarikh : 30 Jan 2006, 11:55 pm

KEBANYAKAN umat Islam menganggap perzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya, dalam agama Islam, bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang tindak- tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina yang disebut sebagai "budaya taqrabul-zina".
Hal tersebut jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan" - (Surah al-Israk: 32).
Takrif "zina" itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: *"Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi", *"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" - ( Riwayat Bukhari dan Muslim) Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram itu, sama ada zahir atau batin, dikira perbuatan zina belaka.
Apa lagi perhubungan fizikal yang lebih rapat (bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepitan-kepiitan atau berhimpit-himpitan), terutama dalam keadaan aurat yang terdedah. Bila sudah berdua2an, yang pasti yang ketiga itu adalah syaitan.
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu sudah dikira perbuatan zina atau sekurang-kurangnya termasuk dalam kegiatan "budaya taqrabul-zina" itu. Dalam agama Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi itu dilarang keras. Kerana, segala tindak-tanduk dalam pergaulan bebas itu membuka peluang atau menimbulkan dorongan dan memberi laluan mudah kepada mereka yang terlibat melakukan mukadimah zina dan seterusnya melakukan kemuncak perbuatan yang terkutuk itu.
Itulah sebabnya Mufti Perak "menfatwakan" Konsert Sure Heboh sebagai HARAM kerana menjurus kepada "budaya taqrabul-zina". Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang terbabit (bersyubahat). Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampiri zina itu. Di kalangan kita, masih ramai ibu dan bapa yang sengaja (sportinglah kononnya) memberi peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya dalam sosial Islam, tidak ada istilah "teman lelaki" bagi perempuan atau "teman perempuan" bagi lelaki). Ada-ada sahaja helah ibu bapa untuk tidak mengganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat (berdua-duaan, berbual-bual mesra) dengan teman lelakinya. Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada sahaja urusan yang hendak dilakukannya, lalu keluar rumah atau masuk ke biliknya sendiri. Ramai ibu bapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya (tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat. Mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tidak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri dalam kegiatan budaya taqrabul-zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak gadis mereka melakukan perbuatan zina yang sebenarnya itu.
Ramai yang tidak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Yang pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya itu. Kerana jahil dan terlalu terpengaruh kepada amalan budaya soial Barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka. Pengaruh budaya Barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekali gus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Pada peringkat awal orang-orang Barat (Keristian khususnya) melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan-kerajaan Islam. Tetapi mereka gagal. Lalu mereka menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi. Dalam tahun 1268, seorang raja Perancis pernah mengemukakan saranan: "Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui peperangan dengan senjata dan kekerasan. Berdasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarah sebelumnya, maka yang penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu".
Antara "langkah lain" itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai "budaya taqrabul-zina" itu. Hiburan dari Barat itu sengaja dieksport ke negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan "umpan" atau matlamat negatif hiburan dari Barat itu, malah mereka menerimanya sebagai hasil seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai "budaya global".
Sebenarnya apa yang disebutkan sebagai "budaya global" itulah yang merupakan "budaya taqrabul-zina" itu. Tuduhan terhadap Barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-nya yang mafhumnya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu (Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka" - (al-Baqarah: 120) .
Perkembangan budaya taqrabul-zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata, "Gelas minuman keras dan penyanyi perempuan dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam". Mudah sahaja manusia terseret dan tergelincir jatuh ke kubang maksiat zina yang amat terkutuk itu, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak Barat - musik, sukan dan sebagainya - itu adalah meliputi ciri-ciri "budaya taqrabul-zina".
Di mana-mana sahaja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah dan sedang berlaku. Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, kelahiran dan pembuangan bayi luar nikah dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.
sumber: harakahdaily
 
Free Web Counter
Free Hit Counter