Paksi Kebangkitan Perjuangan

...Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azabku amat dahsyat. Surah Ibrahim : 7

Wednesday, November 30, 2005

Wasiat

Suatu ketika Ibrahim bin Adam telah dikunjungi oleh beberapa orang tetamu wakil kepada guru Tariqat. lalu dia berkata kepada mereka: "Berikanlah nasihat yang berguna kepada saya yang akan membuatkan saya takut kepada Allah." Lalu mereka berkata:
"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, antaranya:
1.Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2.Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat akan kata-kata hikmatnya darinya.
3.Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat ibadahnya.
4.Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5.Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6.Orang yang memilih kawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7.Orang yang mencari kerelaan manusia janganlah harapkan sangat keredhaan Allah darinya
.
(Dari email yang diposkan kepada saya)

Sunday, November 27, 2005

Bacalah dan Sedarlah ............

From: AZILAH Sent: Friday, August 06, 2004 12:29 PM >Subject: FW: kisah benar

Assalamualaikum wrh wbr.......kisah benar. Sebarkan lah, untuk pengetahuan muslimin dan muslimah.....

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampung dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampung. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dsn. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai di kelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya".
Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- Mengapa orang Islam sembah kaabah Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat. Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 konsep ketuhanan Jesus. Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Di samping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya menkagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Di samping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tenggelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...." Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun diIslamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur di luar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup ke atas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap di rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam.
2 buah lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.. 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja. Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah di hadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaannya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu, apa itu Islam?, kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. Saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, siapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah...

Pak Syeikh- Moga Allah beri taufik wal hidayah pada umat Islam semua agar saling berganding bahu membendung ramai melayu Islam menjadi murtad. kalau di barat Pendakwah Islam disana berjaya menarik Cat Steven memeluk Islam, apakah usaha umat Islam di Malaysia.Biar banyak Gereja. Kalau mereka tahu akan kebenaran Islam lambat laun gereja tersebut akan kosong jugak macam dibarat banyak gereja yang kosong,.Alih2 ramai yang masuk Islam dan gereja tersebut bertukar menjadi masjid.
Ulasan...
Tidak malukah kita sebagai orang Islam tapi menolak apa yang sebenarnya Islam tuntut kita lakukan. Tidak takutkah kita pada balasan Allah. Ramai umat Islam hari ini yang secara lahiriah melakukan sebahagian yang Islam tuntut tapi menolak sebahagian lagi tuntutan Islam itu...benarlah seperti kisah benar di atas....kalau kita rasa takut pada azab api neraka marilah kita sama-sama meletakkan Islam pada martabat yang sepatutnya. Sesungguhnya mati itu benar dan azab api neraka itu juga benar.

Monday, November 21, 2005

Hari Kiamat Semakin Hampir

Hari Kiamat semakin hampir....

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim~ dah nampak dah...3) Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah ~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...

4) Menghias masjid & membanggakannya."Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani~ George Bush, Ariel Sharon....8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yangdikenalnya saja." - Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...10) Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamudengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim~ try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksianpalsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad~ tengok kes peperangan Iraq...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir..
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

Thursday, November 17, 2005

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Tuesday, November 15, 2005

Jolly Shandy Arak Alaf Baru

Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!
(image placeholder)

PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE.
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.
Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.
HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................

Friday, November 11, 2005

Doa Imam Besar Mekah

Sila perhatikan doa ini ( rangkap 4.11),Subhanallah.

Benar kata-kata imam ini berlaku ribut di Amerika. Doa Imam besar Mekah hingga menangis...Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ...Semoga ALLAH menetapkan Imannya...dan sama-samalah kita mengAMIN kannya,InsyaALLAH.

Terjemahan dari Webmaster WebLadang

[ Masa 0:00 ]Ya Allah, Yang memiliki segala Keagongan dan Kebesaran.YaAllah, Yang maha Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar,Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagongan dan Kekuasaan-Mu.Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu.Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka.Anugerahkanlah kejayaan; dan perkukuhkanlahkedudukan mereka.Ya Allah, satukan wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka,dan teguhkanlah kata-kata mereka, Dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hatimereka.

[ 0:33 ]Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlahkekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah,nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati olehpenjenayah.

[1:30]Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian,Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan,Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi)Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi)Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi)Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan. Dendam golongan atheistelah berterusan jauh.

[2:00]Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkankepadamereka tangan-tangan kebenaran ...Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami,Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami,Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya,Ya Allah, (berhenti) Ya Allah,Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslahsumber kekejaman dan penindasan,Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran danfasaad (lagi)Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi)Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka,Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

[3:02]Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi)Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan,Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi)Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang merekaYa Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum 'Aad, dan tangisan kaumThamud, Dan taufan kaum Nuh,Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit,Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka,Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecah belah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi)Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu,Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

[4:11](Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.(berhenti 30 saat)

[4:40]Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan,Ya Allah, bebaskanlah mereka,Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka,Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka,Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka,Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka.

[5:01](Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka,Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepadakehancuran mereka,Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka,Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa,Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala do'a,Yang terdekat, untuk menerima do'a,Kami berdo'a kepada-Mu, menyedari janji-janji-Mu, dan penerimaan-Mu.Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar :"Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu",Ya Allah, terimalah do'a kami,(lagi) Ya Allah, terimalah do'a kami,Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong,Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi,

[6:00]Kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi,(lagi)Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi,Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orangkafir,Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi,Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih,Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ...Ya Allah, Pencipta kami dari satu ruh,Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu,Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.Ya Allah,Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras,

[7:01]Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar,Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka,Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa,Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih,Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka,Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka,Dan mencari tempat perlindungan mereka,Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk,Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka,Ya Allah, kekacauan di jalannya,Ya Allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan,Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan. [7:57]

Dipetik dari email yg dihantar kepada saya.
 
Free Web Counter
Free Hit Counter