Paksi Kebangkitan Perjuangan

...Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azabku amat dahsyat. Surah Ibrahim : 7

Friday, October 28, 2005

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Ertinya:

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. Bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". H.R. Bukhari Muslimi

Keterangan

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. Sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

*Sumbangan seorang sahabat saya. Saya copy dan paste kan di sini sebab saya tak cukup masa untuk menulis.

Wednesday, October 26, 2005

Jangan Memuji

Hadis (Sambungan)

Daripada Abdurrahman b. Abu Bakrah, dari bapanya r.a, katanya seorang lelaki memuji orang lain pada nabi saw, lalu nabi saw berkata kepadanya, "Celaka kamu, bererti kamu memenggal leher saudaramu. Kata-kata itu diucapkan baginda berulangkali.

Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata,"cukuplah bagi si fulan Allah saja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya melainkan Allah Taala. Sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.

Wednesday, October 19, 2005

Hadis

1. Anjing dan gambar haiwan
Daripada Hurairah r.a katanya, rasulullah saw bersabda, "malaikat tidak mahu masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat figura-figura(representasi - terutama dalam bentuk manusia, ukiran atau lukisan) atau gambar-gambar haiwan.

2. Loceng (loceng besar spt loceng gereja-syarah Nawawi, IV:862)
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda ,"Malaikat (malaikat rahmat dan malaikat istighfar - Syarah Nawawi IV :862) tidak mahu menemani orang-orang yang di rumah mereka ada anjing dan loceng.

3. Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda, "Loceng itu adalah seruling syaitan"

4. Larangan Qaza'
Daripada Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah saw telah melarang melakukan qaza'," Tanya Abdullah kepada Nafi', "Apa itu qaza?". Jawab Nafi'. "mencukur sebahagian rambut kepala anak dan membiarkannya sebahagian ". Istilah Melayu potong jambul.

5. Jangan mengintip
Daripada Abu Hurairah r.a daripada nabi saw sabdanya," Siapa menengok ke dalam rumah seseorang tanpa izin pemiliknya, mereka boleh mencongkel mata orang itu.

Dipetik daripada, kitab terjemahan hadis Sahih Muslim jilid I, II, III dan IV.

Bersambung.........

Saturday, October 15, 2005

Bahaya Lidah

Tajuk : Berbohong antara ciri-ciri orang munafiq
Oleh : Ikhwan Karim

Imam Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam salah sebuah kitabnya Ihya Ulumuddin, memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan atau perihal lidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah. Lidah merupakan alat yang membantu manusia menterjemah dan menyampaikan sesuatu perkara melalui kod-kod bahasa, sebagai ungkapan perasaan, pendapat, pengetahuan dan sebagainya.Lidah manusia bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah S.W.T., malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan (pembohongan), buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, pertelingkahan, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang individu dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu adalah orang yang paling tinggi darjat keimanannya. Oleh itu tidaklah menjadi ketakjuban kepada kita bahawa adakalanya mereka yang berpura-pula alim kucing, di depan mata pijak semut pun tak mati, bila di belakang dialah merupakan yang terhandal sekali berbohong.Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 30 bermaksud: "Hendaklah kita menjauhi perkataan-perkataan dusta."Peribahasa lama Melayu menyebut, "kerana lidah (mulut) badan binasa" atau "kerana pulut santan binasa" memberikan kita kepada satu ingatan yang tegas. Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melaluinyalah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya lebih bersopan.

Sikap suka berbohong bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada si pembohong itu sendiri.Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."Tabiat suka berbohong termasuk dalam kategori dosa-dosa besar setelah syirik (menyekutukan Allah) dan durhaka terhadap kedua orang tua. Ini ditegaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu wahai Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)

Jelaslah betapa besarnya pengaruh lidah dalam kehidupan manusia. Manusia yang dapat mengawal lidahnya, tidak mengucapkan kata-kata yang boleh menyebabkan kemarahan orang lain, bukan sahaja disanjung malah dianggap mempunyai budi pekerti yang mulia. Manusia seperti ini disanjung tinggi sebagai yang beradab, bersopan dan jika tidak lagi bersama kita, jasanya akan tetap dikenang, perilakunya menjadi buah mulut masyarakat untuk dicontohi. Buah fikirannya akan tetap harum semerbak, malah menjadi bahan renungan yang mendalam, sebagaimana kita menghormati buah fikiran Buya Hamka, meskipun ditinggalkannya lebih setengah abad lalu. Katanya: "Sesekali bukan merdeka seseorang yang tidak menjaga kehormatan dan tidak tahu harga diri. Yang tidak mempertahankan pendirian yang timbul dari fikiran sendiri, dan akal yang telah menimbang buruk dan baik. Kalau bertemu suatu perkara yang berlawanan dengan akalnya, tidak juga dinyatakannya keyakinan, alamat kemerdekaannya telah hilang."

Demikian juga untuk mengenali ciri-ciri munafik ke atas seseorang ialah di mana bila bercakap ia berbohong.Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Aas bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ianya mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, bila berkelahi dia kejam." (Riwayat Muttafaq Alaih)

Allah berfirman di dalam al-Quran surah Qaaf ayat 30 bermaksud: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."Ingatlah bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucap akan diperjawabkan di akhirat kelak.

Hanya perkataan-perkataan yang diredhai Allah akan dicatit, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatit atas kemurkaan-Nya sampai hari qiamat.Nabi Muhammad s.a.w. memberi amaran dalam dua buah hadith yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim) " .Seseorang yang sudah cukup disebut pendusta (pembohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang ia dengar." (Riwayat Muslim)

Tutur kata yang benar dan baik perilaku akan memberikan kita kekuatan. Tanpanya menyebabkan kita akan hancur berkecai, sebagaimana hancurnya burung Phoenix dalam mitos sejarah tamadun manusia sepanjang peradaban.Daripada Muaz, katanya Rasulullah s.a.w. memegang tanganku sambil berjalan lalu bersabda bermaksud: "Wahai Muaz! Aku wasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan bercakap benar, iaitu menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan khianat dan mengasihi anak-anak yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal kemarahan dan lembut percakapan, menyebarkan salam dan taat setia terhadap pemimpin yang adil, bertafaqun memahami al-Quran, kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan, baik amalan. Aku larang kamu daripada memaki hamun orang-orang Islam atau mempercayai pembohong atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai Raja yang adil atau melakukan kerosakan di muka bumi. Wahai Muaz! "Ingatlah Allah pada setiap pokok dan batu, dan bertaubatlah setiap dosa yang sabit secara sulit, yang secara terang." (Riwayat Baihaqi)

Rasulullah s.a.w. pernah menghadapi dilema dan mengganggu perasaannya ketika menghadapi fitnah atau pembohongan golongan munafiq mengenai isterinya yang paling dicintai telah berbuat serong dengan sahabat Rasulullah s.a.w. yang masih muda bernama Safawan. Namun Allah Taala sendiri yang membersihkan 'Aisyah dari tuduhan yang hina itu melalui wahyu-Nya dalam surah an-Nur ayat 11 hingga 23. "Inilah tipu daya dan kerosakan serta kejahatan yang datang dari golongan munafiq dalam mana-mana masyarakat dan adalah kewajipan untuk menjaga daripada kemudharatannya serta daripada fitnah dan pembohongan yang dilemparkan untuk memecahkan perpaduan umat Islam."

Berhubung perkara pendustaan dan pembohongan ini Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221 - 223)

Segala tingkah laku, tutur kata sama ada yang terlafaz atau tidak merupakan keluhuran budi seseorang dan kerana itu segala yang benar-benar dilarang oleh Islam adalah bertujuan mengelak daripada berlakunya kerenggangan hubungan persaudaraan yang sepatutnya terjalin erat. Perlakuan buruk, yang tidak mengambil kira nilai budi bahasa dan peribadi mulia, akan memutuskan ikatan kasih sayang yang akhirnya menimbulkan kebencian di hati semua pihak.

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang pa-ling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".Kemudian Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir? (Surah az-Zumar ayat 32).


Dipetik daripada :

Friday, October 14, 2005

Panduan Bersahabat

SUARA MASJID AL-AZIM
NASIHAT IMAM SYAFIE

1.Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.
Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.
Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Dipetik daripada Al-Azim.com

Tuesday, October 11, 2005

Orang Yang Tidak Diperkenankan Doanya

Terjemahan hadis :
Dari Abu Hurairah radiAllah hu an katanya: Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya Allah taala itu baik, tidak ia terima melainkan yang baik. dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang ia perintahkan kepada sekalian rasul. Maka Allah taala berfirman (seperti yang tersebut di dalam hadis) yang ertinya: Hai sekalian rasul! makanlah dari yang baik-baik dan beramallah akan yang baik. Dan Ia berfirman: Hai sekalian orang yang beriman! makanlah dari segala yang baik yang kami telah rezekikan kepada kamu. kemudian ia menyebut seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): Hai tuhanku! Hai Tuhanku! Padahal makanannya haram, dan minumannya haram, dan pakaiannya haram, dan (mulutnya )disuapkan dengan yang haram; maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya (doa). Diriwayatkan oleh muslim

dalam hadis itu diterangkan pula hal lelaki yang kelihatan kusut rambutnya kerana tidak pernah dibersihkan lagi berdebu warna mukanya kerana lama dan jauh dalam perjalanannya sambil mengerjakan taat kepada Allah, dan berdoa menghulurkan dua tangannya ke langit seraya berkata: "Hai Tuhanku, hai Tuhanku! berikanlah kepadaku, sampaikanlah hajatku" Demikianlah keadaannya yang berhasrat sungguh untuk diterima doanya tetapi malang pula nasibnya kerana doanya dalam keadaan yang demikian rupa tidak diperkenankan dan hajatnya tidak dimakbulkan. Dan ini adalah disebabkan dia tidak menepati syarat berdoa iaitu makanan, minuman dan pakaiannya tidak dari yang halal. Sebagaimana yang diterangkan oleh rasulullah, iaitu makanannya yang haram, minumannya yang haram, pakaiannya yang haram dan disuapkan ke mulutnya dengan yang haram. (pendek kata semuanya haram hingga darah yang mengalir dalam badannya pun haram) . Maka bagaimana doanya akan diperkenankan.

Oleh itu doanya tidak diperkenankan sekalipun dia nampak bersungguh-sungguh berdoa, kerana halangan yang ada pada dirinya sendiri.
Menurut riwayat, pernah dikatakan orang kepada saad bin wakas, bahawa di antara sahabat rasulullah saw dialah satu-satunya orang yang diperkenankan permintaan doanya. Dia telah menerangkan dengan tegas," bahawa aku tidak pernah mengangkat ke mulutku suap makanan melainkan aku tahu dari mana datangnya dan dari mana pula keluarnya.

Oleh itu sama-samalah kita ingat mengingati dan tidak memandang remeh pada soal halal haram. Contohnya bila membuat tuntutan perjalanan kerana berkursus atau sebagainya janganlah sesekali menipu, dikuatiri penipuan yang kita lakukan menghasilkan pendapatan yang haram yang kita berikan pada anak isteri dan ibu bapa kita. Tergamakkah kita memberikan hasil yang haram pada orang yang kita sayangi. Apatah lagi kalau hasil yang haram itu menjadi darah daging kita. Malah doa kita selama ni pun tidak diterima Allah, alangkah sedihnya.

Sunday, October 09, 2005

Peristiwa Yang Menggerunkan

Allah swt menciptakan alam dan seluruh isinya bersifat sementara saja. Pada suatu hari nanti seluruh alam ini akan hancur lebur dan hari itu dinamakan hari KIAMAT.

Hari kiamat adalah hari kemusnahan seluruh alam, kemudian diwujudkan alam baru. Semua manusia dihidupkan kembali untuk diberi pembalasan yang setimpal terhadap usaha dan perbuatan yang telah mereka lakukan.

Kehancuran seluruh alam ini dinamakan kiamat besar (kiamat kubro), Kehancuran yang berlaku di dunia pada tempat-tempat dan waktu tertentu dinamakan kiamat kecil (kiamat sug'ro) contohnya kejadian tanah runtuh, taufan,letupan gunung berapi dan kematian. Setiap umat Islam wajib beriman kepada hari kiamat dan kita hendaklah yakin bahawa hari kiamat pasti akan tiba.

Firman Allah:
Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakkan manusia tidak beriman.
(Surah al-mukminun:59)

Allah berkuasa menjadikan seluruh alam, maka tidak mustahil baginya untuk memusnahkan alam ini. Bahawa tiada sesiapapun mengetahui bila kiamat akan terjadi. Allah saja yang mengetahui bila berlakunya kiamat.

Firman Allah:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari kiamat. Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah, dan tahukah kamu (wahai Muhammad) boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab :63)

Alamat kiamat:

Alamat sug'ro
1. Urusan agama ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya
2. Wanita menyerupai lelaki dan sebaliknya
3. Berjual beli dengan riba'
4. Maksiat berleluasa
5. Banyak berlaku peperangan , pembunuhan dan fitnah.
6. Banyak berlaku bencana alam
7. Wanita lebih ramai daripada lelaki.
8. Ramai wanita mendedahkan aurat

Alamat Kubro
1. Hilang tulisan al Quran drp mushaf
2. Keluar dajjal dengan tujuan merosakkan agama Islam
3. Keluar daabatul ard
4. Matahari terbit dari ufuk barat
5. Turun nabi Isa Alahissalam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj
7. Turun imam Mahdi
8. Keluar dukhan atau asap tebal.

Al-Quran menggambarkan situasi ketika berlakunya kiamat dengan jelas. Langit terbelah, matahari digulung, dan bintang gugur bertaburan. Bumi bergoncang dahsyat dan kubur terbongkar, lalu mengeluarkan segala isinya, lautan meluap panas bergelora, gunung ganang bagaikan kapas yang berhamburan, keadaan yang amat dahsyat itu menyebabkan anak-anak yang sedang menyusu tercampak dari susuan ibunya dan wanita yang mengandung, gugur kandungannya. Begitulah keadaan kiamat yang mengerikan sebagaimana firman Allah dalam surah al Haj :1-2 .

*Apakah apa yang telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran masih belum mampu menginsafkan diri kita, masih belum mampu membuka mata dan hati kita. Apakah kita masih mahu diri kita hidup bergelumang dosa dan noda. Bukan saja dosa yang besar-besar malah dosa yang kecil-kecil juga jangan kita biarkan melilit pada diri kita. Marilah kita sama-sama membawa diri dan hati kita , zahir dan batin kita ke jalan Allah. Perlukah kita menunggu lagi sekejap dan sekejap hingga Allah mentakdirkan kiamat itu benar-benar berlaku...

Friday, October 07, 2005

Pengenalan Al-Quran

Quran:
Ertinya dalam bahasa Melayu "bacaan" lalu menjadi nama sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad (s.a.w) dengan perantaraan malaikat Jibril (a.s).

Kandungan:
Ia mengandungi semua perkara yang meliputi semua kehendak dah hajat manusia. Boleh diringkaskan kepada empat perkara yang besar iaitu: Mengandungi hukum-hukum ibadat,pimpinan (pentadbiran), ilmu pengetahuan, cerita-cerita dan lain-lain.

Gunanya:
Untuk diamalkan dan disampaikan pengajarannya.

Kelebihannya:
Membacanya saja mendapat pahala, apatah lagi jika mengamalkan isinya yang telah difahami. Maka akan lebih besar pahalanya.

Diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari Quran dan mengajarkannya.

Thursday, October 06, 2005

blog masih dlm percubaan

blog ini masih dalam pembikinan.
 
Free Web Counter
Free Hit Counter