Paksi Kebangkitan Perjuangan

...Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azabku amat dahsyat. Surah Ibrahim : 7

Tuesday, September 12, 2006

Kenali Musuh & Cara Mereka Bertindak



Di dalam al-Quran, terdapat beberapa surah yang dengan jelas menerangkan musuh Allah dan musuh Islam. Di antara surah tersebut ialah surah at-Taubah, ayat 32 yang mafhumnya, “Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut(ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai”.

Mereka yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah gulongan Yahudi dan Nasara yang berniat jahat dahulu dan sekarang yang berusaha untuk memadamkan cahaya Allah, Islam, al-Quran, Sunnah Rasulullah saw dan sebagainya seperti apa yang pernah dilakukan oleh kaum Yahudi di Madinah dan Musyrikin di Mekah ketika hayat Rasulullah saw, kemudian perang Salib, pakatan penubuhan Negara Israel, pengusiran Islam dari Sepanyol dan sebagainya.

Kenapa mereka berbuat demikian?. Tujuannya tidak lain ialah kerana kebenaran dan keadilan yang dibawa Islam yang akan menelanjangkan kebatilan dan kepalsuan seruan mereka serta khuatir penghakisan kekuasaan mereka. Tidak ada perkara yang paling ditakuti mereka selain daripada Islam. Dalam hal ini al-marhum, Muhammad Natsir, seorang mujahid Islam yang ulung di Indonesia mengatakan, “Kalau dunia barat ditanya mana yang berbahaya dalam anggapan mereka, komuniskah atau Islam, spontan orang barat akan menjawab: ”Islam lebih merbahaya.” Dan kalau ditanyai pula dunia Komunis, mana yang lebih berbahaya: “Kapitalis atau Islam?”. Mereka akan spontan menjawab: “Islamlah yang lebih berbahaya”.

Gerak kerja dan strategi mereka lakukan untuk menghapuskan Islam bukan dengan satu cara sahaja, malah dengan berbagai-bagai cara sesuai dengan keadaan dan realiti yang mereka tempohi. Sekalipun contoh yang saya utarakan di bawah berkaitan dengan cara untuk menjayakan pakatan perjanjian diantara Mesir dan Israel seperti yang didedahkan oleh Allah Yarham Dr. Ali Garisyah dalam buku Du’uat La Bughrah tetapi bagi saya ia tetap relevan dalam semua keadaan. Di antara perancangan mereka ialah:

Pertama: Perdayakan tokoh pimpinan Islam dengan jawatan-jawatan tinggi untuk menyibukkan mereka dengan pelbagai kerja yang boleh menghapuskan tenaga mereka termasuklah dengan melimpahkan kedudukan, kebendaan dan memberikan kemudahan yang banyak kepada sanak-saudara mereka. Dengan itu mereka telah dipergunakan sepenuhnya di tempat mereka sendiri dan dapat diputuskan hubungan mereka dengan para pendokong dari kalangan masyarakat awam.

Kedua: Berusaha menarik mereka yang mempunyai kecenderungan perniagaan dan ekonomi agar memberikan saham dalam projek kerjasama Mesir-Israel yang bakal diwujudkan di Mesir setelah perdamaian.

Ketiga: Berusaha mewujudkan peluang pekerjaan dan pelaburan yang menguntungkan di Negara-negara Arab yang mempunyai petroleum yang akan menyebabkan mereka jauh daripada aktiviti-aktiviti keislaman. Bagi mereka yang menjadi tokoh yang berpengaruh di Eropah dan Amerika dicadangkan supaya mengosongkan tenaga mereka dengan:

a-memperkuatkan usaha mereka dengan golongan bukan Islam, kemudian merosakkan mereka melalui institusi-institusi mereka
b-Menghabiskan tenaga mereka untuk mencetak dan menerbitkan buku-buku Islam dan kemudian ia dihalang daripada memberikan hasilnya.
c-Mencetuskan benih keraguan dan perpecahan antara para pimpinan Islam agar mereka sibuk dengannya daripada aktiviti-aktiviti yang membuahkan hasil.

Bagi gulongan pemuda strategi mereka ialah

a-Cuba menghabiskan tenaga mereka yang panas dengan upacara peribadatan yang biasanya dilakukan oleh para pimpinan gereja agar ia selari dengan polisi yang telah ditetapkan.

b-Mendalamkan lagi khilaf mazhab dan furu’ serta membesarkannya dalam pemikiran mereka.

c-Menggalakkan serangan terhadap Sunnah Muhammadiyah dan mendatangkan keraguan padanya serta terhadap sumber-sumber yang Islam yang lain.

d-Memecahkan pelbagai perkumpulan dan jemaah Islam serta mencetuskan pertelingkahan di dalamnya dan di antara sesama mereka.

d-Menghadapai gelombongan penerimaan golongan remaja dari kalangan kedua jantina untuk untuk komitmen dengan ajaran Islam khususnya komitmen para pemudi dengan pakaian Islam dari kalangan kedua melalui jalan aktiviti penerangan dan kebudayaan yang seiringan.

e-Meneruskan institusi pendidikan dalam pelbagai peringkatnya untuk mengepung pelbagai jemaah Islam, menekannya dan mengurangkan aktivitinya.
Sumber :email drp Akhie

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Free Web Counter
Free Hit Counter